Nak kongsi kat sini tips yang saya perolehi daripada kawan-kawan, saudara-mara, pembacaan dan hasil tanya-tanya kat mereka yang tahu dan daripada pengalaman sendiri setelah melahirkan 3 orang cahaya mata. Bagaimana nak melalui proses beranak dengan mudah dan selamat insya Allah.
1. 2 minggu sebelum due makan telur seperuh masak tujuan bagi tenaga semasa meneran.
2. Bila ada rasa nak beranak makan sebiji telur mentah.
3. Campuran Milo dengan 2-3 sudu margerin membuatkan laluan beranak cepat terbuka.
4. Rebus sebiji epal hijau dan makan masa tengah sakit contraction.
5. Amalkan membaca surah Maryam untuk mudah bersalin.
6. Dalam labour room banyakkan membaca al fatihah dan doa nabi Yunus juga sebut Ya Fattah secara berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit.
7. Mengamalkan minum air kelapa di hujung-hujung due kerana boleh mencantikkan kulit bayi menjadi bersih.
8. Makan kurma dengan angka ganjil.
9. Exercise dengan banyak berjalan dan naik turun tangga.
10. Kata dengan makan sayur bendi yang berlendir supaya senang melahirkan.
11. Exercise duduk bersila dan ketemukan kedua tapak kaki pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vigina.
12. Masa meneran baring sambil kaki dan betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk mengelakkan vagina terkoyak banyak.
p/s Jangan angkat punggung semasa meneran supaya tak koyak banyak.
13. Amalkan menyapu minyak zaitun di keliling faraj bertujuan melembutkan bahagian itu.
14. Semasa meneran tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Bila semakin sakit kuat tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.
15. Amalkan baca Ya Khaliq, Ya Barri Ya Musawwi sebanyak 21 x dan hembus dalam segelas air.
16. Selalu bersama suami boleh menyebabkan laluan senang terbuka bermula kandungan 37 minggu.
17. Minum air selusuh yang lagi bagus dibuat oleh suami sendiri minta berkat darinya.
Insyaa Allah.....
Video Bersalin Normal
Tips Penyusuan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Set Bersalin Daripada Shaklee
Ingin tahu lebih lanjut ?
Boleh
Pm / whatsapp : 018-3765006
Fb : NurhayatiZainudin
Panpage : JomSihatCantikCentre
SID Shaklee :11087275