18 Mac 2014, Selasa
Salam siaran bertemu lagi kita...
Nak citer pasal karipulei atau nama senangnya daun kari kali ni..senang ditanam pokoknya, menjadi bahan penting dalam masakan kari...kaya dengan kandungan mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin c juga sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin...
Kandungan Dalam Daun Kari
Lemak : 1.0 %
Protein : 6.1 %
Serat : 6.4 %
Karbohidrat : 16.0 %
Kelembapan : 66.3 %
Info
■ Mengunyah daun kari setiap hari boleh menurunkan berat badan. Gunakan sebagai bahan masakan pon boleh membantu mengurangkan berat badan.
■ Meningkatkan kesihatan mata. Jika tak suka makan mentah, masak la lauk kari.
■ Mencegah uban. Air ramasan daun kari menjadikan rambut sihat, kuat, hitam dan bersinar.
Manfaatnya
● Mengatasi sembelit
- mujarab untuk masalah pencernaan dan mual, dengan cara minum campuran daun kari dengan lemon dan gula.
● Atasi mual ibu hamil
- 1-2 sudu teh campuran daun kari+1 sudu teh air limau nipis+1 sudu teh gula, boleh diminum semasa perut kosong.
● Cirit birit
- ditumbuk dan dicampur dengan madu boleh mengatasi cirit birit, muntah muntah dan buasir.
● Diabetes
- makan 10 helai daun kari setiap pagi selama 3 bulan dipercayai dapat mencegah diabetes.
- 1 genggam daun kari ditumbuk halus dicampur dengan yogurt dan diminum pada waktu pagi boleh mengawal diabetes.
● Masalah ginjal
- jus akar daun kari boleh mengurangkan rasa sakit berkaitan dengan ginjal seperti sakit pinggang.
● Ubat melepuh
- tampalkan daun kari yang dilayur pada tempat melepuh.
● Tekanan darah tinggi
- rendam daun kari dengan air panas dan minum begitu sahaja.
Ini lah info menarik dan kebaikan manfaatnya daun karipulei ini...selain sebagai bahan penting dalam masakan kari ia terbukti memberikan kesan positif kepada kesihatan kita....
Dalam Shaklee juga produk berbentuk makanan kesihatan atau vitamin yang dapat membantu mengawal dan mengurangkan masalah kesihatan berkaitan diabetes, masalah sembelit, buasir juga tekanan darah tinggi.....berdasarkan set set dibawah;
Elok lah kita mencegah sesuatu penyakit dengan mencari jalan usaha sebelum menjadi lebih melarat......kita wajib berusaha untuk mendapatkan penawar bagi pemasalah kesihatan....walaupun begitu semua mengikut ketentuan Nya Yang Maha Esa.....
Sekian buat sementara waktu......jumpa lagi di siaran akan datang....Insyaa Allah......
Ingin tahu lebih lanjut ?
Tel / whatsapp 018 - 3765006
FB : NurhayatiZainudin
Panpage : JomSihatCantikCentre