KEPENTINGAN AIR KOSONG

PENTING !!!
Air seperti oksigen,  ia merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian manusia...


Ramai yang hanya minum air bila dahaga sahaja termasuk la saya sebelum ini. Kita perlu ubah pandangan 'minum air bila dahaga' begitu juga saya sekarang, kerana 55 - 57 % air dalam badan memainkan peranan penting dalam setiap fungsi utama tubuh.  Oleh itu pengambilan air mestilah dalam jumlah yang mencukupi penting untuk tubuh menjalankan tugasnya dengan sempurna.  Ia penting untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang.

Antara lain,  air juga bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan yang membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses dan khasiat makanan kerana bila kekurangan air mungkin ia tidak dapat diagihkan dengan sempurna.

Ketahuilah, tubuh manusia terdiri daripada 70 % air. Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dalam badan yang terkumpul boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti batu karang dan penyakit lain.

Yang Ingin Kurangkan Berat Badan (saya la tu...)

- amalkan minum air kosong dalam kuantiti banyak adalah jalan terbaik,
 - untuk kesan cepat disarankan minum setiap kali sebelum makan kerana ia mencepatkan rasa kenyang dan daripada makan dengan banyak,
- perlu di ingatkan air yang diambil mestilah air kosong bukan minuman manis,
- jangan malas ke tandas kerana ia dianggap kesan positif dan adalah normal membuang air kecil 6-7 kali sehari.

Kesimpulan, minum air kosong adalah penting dalam kehidupan seharian kita,  juga boleh memainkan peranan penting dalam proses menurunkan berat badan dan bagi yang ingin cepat kurus dengan cara yang jimat dan selamat.

Ingin tahu lebih lanjut?

Nurhayati Zainudin
Call/SMS/Whatsapp: 018 - 3765006
Shaklee ID : 1087275